- -

Terima Kasih Atas Sokongan Anda Terhadap Nukilan Saya. Saya Akan Cuba Uploadkan Hasil Nukilan Saya Sekerap Yang Saya Mampu. Semoga Ia Memberi Pengajaran Dan Bererti Kepada Anda. Saya Juga Mengalu-alukan Komen Dari Anda Semua Untuk Memperbaiki Kelemahan. Selamat Membaca..

Novel : Misteri Cinta Rafflesia

|| Bab 1 || Bab 2 || Bab 3 || Bab 4 || Bab 5 || Bab 6 || Bab 7 || Bab 8 || Bab 9 || Bab 10 ||

Novel : Hati Kian Sepi

|| Bab 1 || Bab 2 || Bab 3 || Bab 4 || Bab 5 || Bab 6 || Bab 7 || Bab 8 || Bab 9 ||

Sunday, April 19, 2009

Dania... Namamu teratas...

Sungguh dingin rasanya air di kali ini, bila saja kaki Dania mencecah airnya yang jernih. Lantas terhasil gelombang kecil yang merebak begitu cepat hingga menggegarkan teratai putih yang sebelum ini damai. Putih teratai bagaikan hati seorang anak yang luhur. Belum tercemar oleh anasir nakal di muka bumi ini.

Namun, kedamaian hati yang suci dan jiwa yang tenang bukanlah jaminan kebahagiaan. Air yang tenang sekelip mata saja boleh berubah menjadi tsunami yang ganas bila saja ada tekanan terhadapnya. Begitu juga lah kehidupan, begitu juga lah kebahagiaan rumah tangga. Tidak semena-mena boleh berkocak ganas lantas hancur secara tiba-tiba.

Dania terus menghayunkan kaki, mengocakkan air perigi yang dingin. Tiada lagi ketenangan air di perigi itu... Begitulah dirinya. Dia kehilangan kasih sayang insan yang bergelar ayah, dia kekurangan kasih sayang dari insan yang bernama ibu. Dia tidak paham apa yang berlaku kepada ibu dan ayahnya...

Tiba-tiba dia merasakan ayahnya hilang secara serta merta. Ayah tempat dia bermanja, bergelak ketawa, bergurau senda. Tiada lagi tidur berlengan tangan ayah. Tepukan manja dodoian ayah. Nyanyian ayah dikala merentasi jalan raya. Cerianya hilai tawa ayah yang sentiasa mengubat hati. Dia merasakan ayahnya bagaikan telah mati... tapi di mana dia bersemadi....

"Apa Dania buat tu... ? mari balik nak... hari dah senja.... " Panggil Laili pada anaknya Dania. "Dania sedang tunggu ayah... Dania nak ayah..." Jawab Dania terus menambahkan kelajuan hayunan kaki pada air perigi itu seakan memprotes sesuatu.

Air mata Laili menitis tiba-tiba. Jauh dia memandang ke arah kaki gunung yang merentasi sawah padi yang luas terbentang... Begitu lah luasnya harapan Laili selama ini. Dia mengharapkan seorang suami yang boleh memberi kebahagiaan kepadanya. Boleh memimpinnya menjalani kehidupan dengan sempurna. Mendidik anak dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Namun tak semua yang diimpi akan dikecapi... kadang kala madu yang diimpi tapi racun yang terpaksa ditelan. Begitulah kehidupan.

"Kita balik dulu... nanti ayah baliklah..." Laili cuba memujuk Dania dengan umpanan yang entah berapa kali telah digunakan...

"Tak mahu... mama tipu.. nanti ayah tak balik juga..." Dania tidak mahu memakan umpan yang dihidang... dia terlalu rindu pada ayahnya... Baginya ayahnya adalah kawan untuk dia bermesra. Tidak pernah ayahnya memarahinya walau sedikit. Setiap kali pulang kerja... Dania akan terus ditimang umpana bayi berumur setahun. Tidak pernah ada alasan penat bagi ayahnya apabila Dania mengajak ayah nya untuk mengajarnya menyiapkan kerja sekolah... Tidak pernah ada alasan dari ayahnya setiap kali dia inginkan susu... Walaupun dini hari menjelma... Bagi Dania.. Ayahnya adalah teman yang terbaik di dunia ini. Tapi secara tiba-tiba ayahnya hilang entah ke mana...

"Marilah Dania.. kita balik... esok kita datang sini lagi... " Pujuk Laili kepada anak nya... dia teringat kata-kata bekas suaminya...

"Marilah kita rujuk kembali Laili... abang janji abang tak buat lagi.." Namun pujukan itu langsung tidak diendahkan Laili... Pedih hatinya bagaikan sembilu yang menusuk hati apabila mendapat tahu suaminya ditangkap khalwat dengan Milah. Gadis genit hujung kampung. Jiwanya hancur... hatinya remuk...

Mungkin ada juga salah dirinya yang sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri terhadap suaminya. Namun itu bukanlah alasan yang boleh dia terima apabila suami yang dirasakan begitu baik berlaku sumbang dengan orang lain. Namun ada juga hikmahnya. Baginya hidupnya kini lebih baik dari sebelumnya.

Kalau dulu dia tiada apa.. hanya seorang suri rumah yang hanya menanti kepulangan suami... kini dia sudah bergelar usahawan berjaya. Spa di tepi bendang yang tidak pernah terfikir oleh orang lain kini semakin popular. Produk kecantikan berasaskan padi semakin dipercayai, sentiasa mendapat sambutan dan semakin meluas.

"Mama... Dania rindu ayah... Dania nak ayah..." Tiada jawapan yang mampu Laili berikan pada kata-kata Dania... Dia merasakan dia sudah beri yang terbaik untuk Dania... kehidupan yang lebih mewah, pakaian yang cantik, perhiasan yang menarik, permainan yang memikat hati... Entahlah apa lagi yang perlu Laili berikan kepada Dania untuk membuatkan Dania lupa kepada ayahnya. Bila saja Dania bertanya tentang ayah, hatinya akan sayu. Air matanya pasti berlinang walaupun tidak menitis. Dia terlalu sayang pada bekas suaminya lantas tiada penggantinya hingga kini.

Biarlah apa terjadi. Tiada gantinya untuk kasih sayang terhadap Dania. Dania akan tetap dihati.... Namun persoalannya kenapa suaminya langsung tidak mahu menjenguk Dania sedangkan dulunya kasih sayangnya terhadap Dania sungguh menebal... Mana tidaknya.. semenjak kecil lagi apabila Dania menangis dia pasti akan memanggil "ayah..." tidak seperti anak lain yang sering melaungkan "mama.." Adakah kasih sayang itu semuanya palsu... atau suaminya tidak sanggup untuk menatapi wajah anaknya yang sentiasa berada di lubuk hatinya. Entahlah.. tuhan saja yang tahu...

"Mama.. kawan-kawan kat tabika selalu tanya mana ayah Dania... Mana ayah Dania ma...???" Air mata Laili menitis tanpa dipaksa dengan soalan Dania itu. Tiada jawapan yang mampu diberikan. Hanya pelukan terhadap anaknya. Dania membalas dengan pelukan manja seolah-olah paham dengan kesayuan ibunya. Lalu dikucupnya dahi Dania dengan penuh kasih sayang.

"Dania.. ayah Dania dah mati... jangan tanya pasal ayah lagi... Ayah Dania dah mati..." Air mata terus mengiringi kata-kata Laili. Dania yang tidak paham dengan keadaan itu juga turut mengalirkan airmata. Dia tidak paham mengapa ibunya menangis...

"Habis tu mama... macam mana Dania nak ayah ?.. Dania nak ayah ma..." Dania tidak memperdulikan kata-kata ibunya... baginya kasih sayang dan kemesraan ayahnya dulu terlalu sebati dalam hidupnya. Mungkin dialah ayah yang terbaik di dunia ini yang mampu memberi kasih sayang sepenuh jiwa raga, boleh dirasa dan tak boleh dilupa... Tak mampu diberikan oleh seorang ibu. Tapi apakan daya ianya sudah berlalu...

"Dania.... Ayah datang nak..." Wajah sayu Sudin tiba-tiba memecah kesayuan senja. Dania dan Laili menoleh serentak ke arah suara yang datang dari arah belakang. Dania terus berlari merangkul ayahnya tanpa memperdulikan pelukan ibunya.

"Ayah...!!! Dania sayang ayah.. ayah jangan tinggal Dania lagi..." Sudin tiada jawapan dengan kata-kata Dania.. di peluknya Dania lalu ditimangnya Dania seperti biasa. Laili terdiam tanpa kata-kata. Kerinduan yang tak mampu dibeli... Kasih sayang yang tiada ditukar ganti. Dia hanya tunduk tapi sesekali tersenyum apabila melihat Dania ketawa riang.

Sudin terus ketawa melayangkan tubuh anaknya. Tiada sebarang duka di wajahnya. Sedih apatah lagi... Hati seorang ayah yang penuh dengan seribu persoalaan... tiada seorang pun yang tahu apa yang Sudin rasai... tiba-tiba dia muncul kembali... Mungkin jiwanya dan jiwa Dania bagaikan bersatu.. merasakan kerinduan yang tidak boleh dipendam... lalu meletuskan lahar kerinduan yang sungguh dahsyat lantas melupakan segala keegoan lalu.

"Ayah sayang Dania...." Sudin memberhentikan timangan lalu mengucup dahi Dania. Laili tiba-tiba tersenyum penuh makna apabila melihat Dania tiba-tiba girang... Itu lah yang diinginkan selama ini. Mungkinkah dia juga perlu merobek keegoan lalu demi insan yang bernama Dania... mungkin... kerana baginya Dania adalah segalanya bagi dirinya... Apalah erti kejayaannya kini jika jiwa Dania terus memberontak, wajah Dania yang sering saja sugul.

Kasih sayang Sudin terhadap Dania bukan lah kasih sayang palsu. Begitu juga kasih sayang Laili pada Dania. "Demi Kasih ini kami rela...." bisik hati Sudin dan Laili serentak... "Semuanya keranamu Dania...."

No comments:

Post a Comment