- -

Terima Kasih Atas Sokongan Anda Terhadap Nukilan Saya. Saya Akan Cuba Uploadkan Hasil Nukilan Saya Sekerap Yang Saya Mampu. Semoga Ia Memberi Pengajaran Dan Bererti Kepada Anda. Saya Juga Mengalu-alukan Komen Dari Anda Semua Untuk Memperbaiki Kelemahan. Selamat Membaca..

Novel : Misteri Cinta Rafflesia

|| Bab 1 || Bab 2 || Bab 3 || Bab 4 || Bab 5 || Bab 6 || Bab 7 || Bab 8 || Bab 9 || Bab 10 ||

Novel : Hati Kian Sepi

|| Bab 1 || Bab 2 || Bab 3 || Bab 4 || Bab 5 || Bab 6 || Bab 7 || Bab 8 || Bab 9 ||

Saturday, February 19, 2011

BAB 8 : Misteri Cinta Rafflesia (Novel)

BAB 8 : GUGUR SEKUNTUM RAFFLESIA


“Aku seakan percaya apa yang diperkatakan oleh Suzy petang tadi lalu aku merasakan Shah hanya berpura-pura dalam menyayangi aku. Kucupan Shah terhadap aku malam ini juga gagal mengusik jiwa ini. Aku dapat rasakan kucupan itu begitu hambar. Tidak hadir dari hati nurani yang ikhlas”


RAFFLESIA :

Aku sampai awal malam ini. Aku duduk bersendirian di suatu meja menantikan kehadiran Shah. Tidak seperti biasa, Shah akan menjemput aku di rumah kemudian kami akan keluar bersama. Hari ini aku rasa lebih selesa untuk memandu sendiri.

Suasana malam ini agak meriah dengan bintang yang bergemerlapan. Suasana di ‘Saloma Bistro and Teatre Restaurant’ malam ini juga begitu meriah dengan pengunjung yang datang. Aku duduk di suatu sudut yang agak tepi. Jelas sekali puncak menara KLCC benar-benar dari tempat duduk aku. Dua menara yang begitu terang bercahaya bagaikan dua kapal angkasa yang sedang bergerak ke angkasa menuju ke bulan.

Sungguh indah panorama ini tetapi ia langsung tidak melambangkan perasaan ini. Perasaan aku agak berkecamuk. Bingung dengan keputusan untuk ke Johor demi tanggungjawab terhadap Danial dan berita yang Suzy sampaikan petang tadi tentang kecurangan Shah.

Memang aku sukar untuk mempercayai berita itu tetapi sukar juga untuk aku menolak berita yang disampaikan oleh rakan karib yang paling rapat.. Suzy.

Aku merenung sekuntum bunga mawar yang letakkan di atas meja. Merah menyala warnanya. Memang segar dan mewangi tetapi aku percaya ia tidak akan bertahan lama dan pastinya ia akan layu jua.

Adakah cinta aku bersama Shah juga begitu. Hanya menunggu masa. retak menanti belah. Tapi aku yakin cinta Shah terhadap aku sungguh mendalam. Cinta kami ditunjangkan begitu kukuh oleh kenangan Noni Rafflesia. Cinta kami bukan umpama bunga Mawar yang begitu cepat layu. Cinta kami seutuh bunga Rafflesia yang begitu pejal dan sukar diganggu gugat oleh kumbang-kumbang jalanan.

“Maafkan Shah…. lambat sikit” Shah tiba-tiba muncul dan mengejutkan lamunanku. Sungguh kacak dia malam ini, berseluar jeans hitam dipasangkan dengan kemeja yang agak ketat dengan lengan yang disingsing antara siku dan pergelangan tangan.

Aku hanya tersenyum tidak bersuara. Seperti biasa Shah akan menarik tangan aku lalu mengangkatnya mendekati bibirnya lalu dia akan menunduk sedikit kemudian tanganku akan dikucupnya dengan penuh mesra. Nyata perlakuan itu mampu untuk membuatkan aku sentiasa merinduinya. Dia memang seorang yang romantis dan begitu memikat. Dia juga begitu pandai menjaga hati ini. Sebab itulah aku amat menyayanginya.

“Rambut baru nampak..” Aku cuba menegur. Namun disebalik itu aku terus menyembunyikan perasaan cemburu dari berita oleh Suzy petang tadi. Shah hanya tersenyum tidak menjawab sambil menyelak jambul rambutnya yang terjuntai. Sedikit control handsome…

“Nani nak makan apa? Order la… Shah lapa ni…” Shah memelawa aku…

“Tak pe lah Shah.. Nani tak seleralah malam ni… Nani nak Fresh Orange saja….” Entahlah aku tidak begitu berselera malam ni… Walaupun Shah kelihatan begitu kacak malam ini namun ia langsung tidak dapat memikat hati aku. Mungkin perasaan cemburu begitu menebal.

Aku seakan percaya apa yang diperkatakan oleh Suzy petang tadi lalu aku merasakan Shah hanya berpura-pura dalam menyayangi aku. Kucupan Shah terhadap aku malam ini juga gagal mengusik jiwa aku. Aku dapat rasakan kucupan itu begitu hambar. Tidak hadir dari hati nuraninya yang ikhlas.

“Kenapa Nani muram saja ni sayang… Nani tak sihat ke” Shah mengambil berat sambil meletakkan telapak tangannya ke dahi aku. Aku buat-buat tersenyum.

“Shah… Lama I fikirkan tentang Danial Afendi... I kesian dia Shah. Esok I akan ke Johor Bahru. I harap u restukan I…” Aku mengalihkan topik. Tak berani aku bertanyakan tentang berita kecurangan Shah. Takut kalau-kalau Shah akan memarahi aku.

“Ni semua mesti kerana budak gila tu.. I bosan tau tak u asyik sebut pasal budak gila tu saja..” Shah tiba-tiba meninggi suara.

Terkejut aku dengan perubahan Shah yang begitu mendadak. Shah yang aku kenal selama ni adalah seorang yang begitu tenang dan tidak mudah melatah. Tetapi malam ini dia menampilkan sifat yang amat berbeza. Cepat benar naik angin.

“Bukan begitu Shah… Cuma I rasa dia adalah tanggung jawab I. U tahu kan kenapa Danial boleh jadi macam tu… Dia mangsa keadaan…”

“Tanggungjawab?? Habis u nak tinggalkan I.. Kerjaya u sebagai model. Itu bukan tanggung jawab U?” Shah memprotes tidak puas hati.

“Bukan itu maksud I Shah… U tak faham Shah… I kena tolong dia kerana Noni…” Aku cuba menerangkan tentang apa yang aku rasa.

“Noni… Dia dah tak ada. Buat apa bangkitkan tentang dia lagi.”

“Shah.. kan Noni itu asas perhubungan kita.. U dah lupa ke?” Aku cuba mengingatkan.

“Entah-entah budak tu yang bunuh Noni lepas tu saja dia buat-buat jumpa…”

“Shah.. sampai hati u cakap macam tu. Danial terseksa selama ni kerana Noni, u pulak tuduh macam tu. U zalim Shah…”

“Ok Nani kalau u fikir si gila tu lebih penting dari I dan lebih bagus dari I yang buatkan u asik nak menangkan budak gila tu saja… u boleh pergi… dan jangan cari I lagi…” Shah cuba mengugut lantas memalingkan mukanya dari aku. Entah mengapa Shah begitu ego malam ini.

“Shah!!!… sampai hati u cakap macam tu Shah… I Langsung tak ada niat sebegitu Shah… U tak faham Shah... Danial Afendi tu tanggungjawab I” Aku cuba menerangkan dengan nada sedikit menekan. Aku harap dia bersimpati dan memahami niat aku yang ikhlas. Yang lebih penting dia harus mengetahui situasi Danial sekarang ini.

“Oklah kalau itu keputusan U.. Up to U... Kita putus” Shah menutup terus perbincangan kami.

“Shah!!!” Aku begitu terkejut dengan ungkapan itu. Aku seakan tidak percaya Shah yang aku kenali selama ini tiba-tiba berubah begitu drastik malam ini.

Mudah sungguh dia memutuskan perhubungan yang kami bina selama ini. Seperti ada suatu racun yang diminum oleh Shah hingga merapuhkan cinta kami.

Aku tak dapat menahan air mata lagi. Shah hanya memandang tetapi langsung tidak memujuk. Ego dan sungguh ego. Entahlah secara tiba-tiba aku merasakan Shah begitu zalim.

“Nani… Ini tanda cinta kita… Kau ambil lah balik…” Shah mengungkapkan kata-kata itu sambil berdiri lalu terus meninggalkan aku.

Aku hanya memandang cincin suasa bertatah batu permata yang jernih berkilat. Cincin yang menjadi tanda hubungan kasih antara kami berdua. Memang cincin itu bukanlah pemberian aku.. sebaliknya pemberian Noni. Aku hanya menyambung cinta Noni terhadap Shah. Aku rela menjadi pengganti cinta Shah terhadap Noni setelah Noni meninggal dunia. Kerana aku kasihan melihatkan Shah begitu merana kehilangan Noni dan pada masa yang sama aku juga begitu merasai kehilangan kakak kembarku…

Namun aku gagal menyambung kesinambungan kebahagiaan cinta itu. Entahlah mengapa sekelip mata saja cinta kami musnah.. Umpama mimpi ngeri yang mengganggu tidurku. Sekelip mata saja aku sudah kehilangan cinta Shah.

Perlahan aku cuba bangkit.. dan melangkah longlai… Aku telah kehilangan Noni.. Kini tiba-tiba Shah begitu mudah memutuskan cinta kami… entah lah masihkah ada sinar untuk aku pada hari esok….

No comments:

Post a Comment